PAHANG DARUL MAKMUR (´▽`ʃƪ)
Wednesday, 27 February 2013 @ 09:17 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum ;))
PAHANG DARUL MAKMUR . Semua kenal kan ? Hahaa ;DD Pelik lah kalau ada yang tak kenal negeri nie -,- . Okayy , meh sini nak intro sikit mengenai Pahang nie . Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia . Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas , ia bersempadan dengan Kelantan di utara ; Perak , Selangor serta Negeri Sembilan di barat ; Johor di selatan ; Terengganu dan Laut China Selatan di timur . Pahang juga merupakan sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Okayy bagi Darul Makmur pula bermaksud tempat perlindungan yang tenang . Ha betul tue , Pahang memang aman damai okayy (: SOKONG !
Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja . Bandar utama yang lain termasuk Kuala Lipis , Tanah Rata , Kuala Rompin dan Temerloh . Genting Highlands , Cameron Highlands dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan . Hee . Main point sebenarnya yang nak di story mory dekat post nie adalah mengenai TEMPAT PERANGINAN YANG ADA DEKAT PAHANG . Ha jum kita mulakan ! yeay !
GENTING HIGHLANDS
Genting Highlands merupakan puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia . Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong . Antara bahagian - bahagian yang menarik adalah :
* hee ;)) antara - antara gambarnya lahh . hayy ! seronok tau kalau dapat jejakkan kaki dekat sana . ha ajaklah keluarga bercuti dekat sini . pasti tidak membosankan (:
CAMERON HIGHLANDS
Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang , Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c . Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana . Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan .
FRASER HILL
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang , di atas Banjaran Titiwangsa , Malaysia . Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17-24 Celcius . Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur . Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang .
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang .
Pendek kata tempat - tempat peranginan dekat pahang ini semua cantik - cantik dan sangat memukau hati taw ! yang paling penting , tempat nie semua sejuk . hee ;)) rasa macam duduk kat luar negara taw . hikhik ! marilah kunjung PAHANG DARUL MAKMUR . negeri yang sentiasa aman (:
COME AND VISIT PAHANG (:
|
![]() |