I♥MY





I♥MY
PAKAT MAI PULAU PINANG NAA !
Thursday, 28 February 2013 @ 06:08 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum ;))

Entri kali ini saya akan menceritakan tentang tempat-tempat

menarik di pulau pinang.

Jambatan Pulau Pinang




Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.


Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang






Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.


Batu Feringgi




Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan persisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.Tahap kebersihannya tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat laporan negatif di akhbar-akhbar tetapi jika terdapat usaha-usaha yang dijalankan selama ini untuk membersihkan kawasan pantai tersebut maka cantik lah pantai.


Bukit Bendera



Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga.


Fort Cornwallis di Lebuh Light




Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.



 Sesungguhnya Pulau Pinang adalah antara tempat yang terbaik untuk dikunjungi !






Older Post | Newer Post

Assalamualaikum :D . Thanks coming into OUR blog. Leave your footstep at OUR tagboard. NONI.AISHA.BAY.AEN.EYZA. SYITAH.QUE.WANI.ILA :)





Gratisan Musik



DiaryAboutStuffSite