PULAU LANGKAWI , KEDAH (:
Thursday, 28 February 2013 @ 06:56 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum ;))
Hei olls ^_^,,,, entry kali ni nak cerita pasal beberapa
tempat-tempat menarik yang ada dekat Langkawi Kedah Darul Aman, negeri
kelahiran cheq la….hihihihi…. Dalam banyak-banyak tempat yang ada kat Langkawi
tu cheq cuma nak pilih lebih kurang empat tempat menarik yang boleh anda
kunjung semasa bercuti di sana nanti….
Yang pertama cheq nak cerita pasal Makam Mahsuri yang sememangnya dianggap
sebagai ikon bagi Langkawi. Berdasarkan apa yang cheq pernah dengaq cerita dulu
ni, Mahsuri ni sangat cantik orang nya, perilaku pon sopan dan memang sapa pon
yang tengok dia memang akan suka dengan sikap dan wajah beliau. Maklumlah bila
dah ramai peminat tu mesti la ada yang dengki sampaikan beliau difitnah
berkelakuan sumbang dengan orang luar yang menumpang di rumahnya semasa
ketiadaan suaminya dan akhirnya beliau dihukum bunuh tanpa diberi peluang
membela diri…. Ish3, kejamkan? Lepastu, masa beliau nak dah kena tikam darah
berwarna putih mengalir dengan banyak, lepas tu beliau berkata dengan perlahan
dan tak bermaya yang Langkawi akan mundur selama 7 keturunan. Tudiaaa lama tu.
Ada orang cakap yang Langkawi betul2 mundur masa tu, tapi Wallahhua’lam, hanya
Allah yang tahu semua tu benar atau pun tak. Kalau hampa nak pi sana nanti
hampa jangan la lupa singgah kat Makam Mahsuri noh. Kat situ ada la depa juai
cenderamata boleh la hampa beli bagi kat kawan2…hihihi...Lupa pulak nak habaq
yang lokasi Makam Mahsuri ni terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah.
Telaga Tujuh…. Hampa pernah pi tak??? Cheq sediri tak pernah
pi lagi… L
huhuhu, tapi takpa cheq cerita dulu nanti ada rezeki kita pi noh…hehehe J
Okey lokasi Telaga Tujuh ni terletak 20 km
dari Bandar Kuah, Langkawi dan hanya boleh dihubungi melalui jalan laut
sahaja…huhuhu…. Untuk sampai ke destinasi yang sebenar-benarnya nak dituju ni
kita kena mendaki 600 anak tangga dulu.. perghhh!!! Mesti penat gila kan
hihihi, tapi tak pa excited punya pasal mesti tak ingat dah penat ka letih ka
kan…. Berdasarkan apa yang cheq tau ada satu ayaq terjun ni yang asal dari
Sungai Perangi yang bermula dari Gunung Machincang. Haa,, dari ayaq terjun tu
la berpecah then, jadi lah 7 pecahan
kolam yang kita panggil Telaga Tujuh…. J
Mesti syok kan kalau kita boleh pi nanti..hihii tak sabaq nya cheq rasa… satu
benda lagi yang cheq dapat tau tempat nip on ada kisahnya yang tersendiri,
orang dulu2 cakap yang Puteri Kayangan suka sangat bermandi-manda dekat kolam2
yang ada tu…. Waaa,,,menarik kan…hihihi hope nanti kita sama2 dapat sampai kat
sana…..
#ni antara gambaq yang
cheq jumpa dalam internet ja sebab cheq tak penah pi lagi.. ^^v
Baiklah, ni yang last but not least…hehehe ok2 yang last ni cheq nak cerita
pasal Pulau Dayang Bunting yang mana pulau ini antara pecahan pulau yang
terdapat di Langkawi dan yang terbesar. Bagi cheq pulau ni nampak unik sebab
bentuk pulau ni macam seorang perempuan hamil yang sedang berbaring. Dekat
pulau ni ada tasik. Tasik tu la yang ada mitos dulu yang kata kalau ada orang2
yang susah mendapatkan zuriat boleh pergi kat tasik tu then minum ayaq tasik tu
ataupon mandi terus boleh dapat zuriat. Tapi semua tu hanya ikhtiar semata yang
tentukan adalah Tuhan yang satu Allah S.W.T. Mitos dulu2 kata ada seorang
puteri kayangan ni kahwin dengan manusia biasa kemudian dapat anak tapi mati
sewaktu dilahirkan, puteri tu sedih sangat dan dia pun tanam la anak dia dekat
tasik tu, sebelum dia naik ke kayangan dia sempat menjampi kalau ada sesiapa
yang nak zuriat datang ke situ maka dapat lah……. Wallahhua’lam kan… J. Apa2 pon tempat ni
bagi cheq memang menarik la…. Langkawi is the best…hehehe
Akhir nya…. Cheq harap sangat2 satu hari nanti cheq boleh pi
tempat2 yang menarik yang ada di Malaysia ni bukan saja kat Langkawi yang
sememangnya best ni… huhuhu… harap apa yang cheq cerita ni dapat menambah
sedikit sebanyak pengetahuan kepada pembaca…… Daa
MARILAH MELAWAT PULAU LANGKAWI !
|
![]() |