I♥MY





I♥MY
KELANTAN (:
Wednesday, 27 February 2013 @ 05:11 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum ;))

Dekat kelantan ni ade 6 jenis pantai kalau korang nak tau ! firstly PCB or Pantai cahaya bulan !

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai Cahaya bulan atau nama pendekk nyee 'PCB'


Dulu orang Kelantan duk panggil pantai cinta berahi sebab  pantai ini adalah pantai hok orang Kelantan berahi kali ! terutama sekali penduduk sekitar bachok..sebab nyee  pantai tuu  antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km jee.

Satu lagi tempat peranginan yang tidak kurang popularnya selain dari Pantai Cahaya Bulan di Kelantan ialah di Pantai Geting , Tumpat .


Pantai Tok Bali


korang kenal takk pantai tok bali kat ne? ofesekoss la dekat Tok Bali ! hakhakhak! :))

yang kedua nim pantai tok bali.. ala yang adee juambatan tinggi lagi panjang tuuu :))


Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.



Pantai Irama

Pantai Irama terletak di Bachok, Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup (November - Mac).




Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat, Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini.





Pantai Sabak

Pantai Sabak mempunyai sejarahnya tersendiri dalam era penjajahan di Tanah Melayu. Ini adalah kerana di pantai inilah tentera Jepun buat pertama kalinya mendarat di Tanah Melayu semasa perang dunia kedua pada 8 Disember 1941.




and the last one is ............................................


Pantai Bisikan Bayu



Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Rhu' terletak di Pasir Puteh, bersebelahan Semerak, 50 km dari Kota Bharu,Kelantan

Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan.

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan paling famous dalam list pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Rambang maten la korang kalau datang kat sini !

Kota Sultan Ismail


Pintu Gerbang atau Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra, mercu bandar Kota Bharu.


Istana Balai Besar


Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu. Tahun wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun 1844.  Sekarang ini, istana ini tidak lagi menjadi kediaman rasmi Sultan Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi DiRaja.


Istana Jahar


Istana Jahar yang dahulunya sebuah istana kediaman Sultan. Sekarang ini ia sudah menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Istana ini mempunyai warisan seni bina Melayu yang indah dan unik… cantikk kan?


Rantau Panjang / Zon bebas cukai


pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang.! Wuuu! Rambang matee kalau sampai kt sini!


Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.


Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan.
Perghhh ! kalau datang sini ade yang taknak balik ni ! semua ada.. barang kanak, mak cik-mak cik, pak cik –pak cik semua ade! Dah macam astro dah! “macam2 ada” !


Kompleks membeli-belah KB Mall

Korang nak lagi grand? Haa… boleh laa datang kat KB Mall : ) Haa tu diaaaaa! Besarr kan?? Boleh laa datang sini kalau dah sampai Kelantan tuu : )


ok ! akuu tak nak cite panjang2 pasal KB mall ! korang kene datang kalau nak tahu kay !


Pasar Besar Siti Khadijah

Tempat hok femess skali kat Kelantan eah!  : )


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.


Pasar yang besar n bentuknye segi lapan!  then pasar ni mmpunyai 4 tingkat tau!  Tingkat bawah biasanya untok barang basah cam ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pulak  ade jual barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal.



Pasar Borong Wakaf Che Yeh


kat sini la akuu paling nak sangat pergi kalau akuu mai klantan ! lagi2 kalau datang malam! kat sini kalau pagi2 dorang jual keperluan harian cam barang basah.. kalau malam lak ade jual pakaian dan cenderamata ! :)



haaaa ! tuu diaa! banyakk tudongg wuuu ! kompem korang rambang mate bila sampai sini ! dah laa murah ! banyak pilihan lak tuu ! 

Marilah melawat KELANTAN (:



| Newer Post

Assalamualaikum :D . Thanks coming into OUR blog. Leave your footstep at OUR tagboard. NONI.AISHA.BAY.AEN.EYZA. SYITAH.QUE.WANI.ILA :)





Gratisan Musik



DiaryAboutStuffSite