JOHOR DARUL TAKZIM
Friday, 1 March 2013 @ 23:31 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum ;))
Negeri
Johor Darul Takzim adlah sebuah negeri yang ckup terkenal...untuk pengetahuan
semua,negeri Johor byk tempat yg menarik dan merupakn tmpat pelancongan yang
paling popular di Malaysia.Antaranya adalah...........
-Taman Negara Endau-Rompin.. Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan
kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai
Endau dan Sungai
Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan
ini yang seluas 50,000 hektar(500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta
tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik
terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk
kera dan orkid hutan. Pada
sekitar 1985, satu
ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang
baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga
terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi
hutan serta
bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang
lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white
handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di
sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.Ini
menjadilan Taman Negeri Endau-Rompin menjadi tumpuan pelancong dari luar atau
dlam negara..
-Taman Negara
Tanjung Piai,Pontian
Taman
Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor merupakan tanah
paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi
yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Dengan
keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan
penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar
menghadap Selat Melaka
-Makam Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang
Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang
Mengikut kitab hikayat Tuhfat
al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah
berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.
Pada suatu hari, isteri Megat
Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan
yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang
Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu
kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan
Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang
hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana
dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah
perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.
Beberapa hari kemudian, Laksamana
telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan
tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun
balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan
bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis
apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam
untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya
isteri kesayangannya dibunuh.
Pada suatu hari Jumaat, Sultan
Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh
pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan
Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas
baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja
disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan
kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang
berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus
asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan
di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana
tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit
kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba
memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.
-PESTA LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR
GUDANG 2013
Kerajaan Johor juga sentiasa mengambil langkah
secara berterusan untuk menggalakkn pelancong datang ke Johor.Baru-baru ini
telah berlgsungnya Pesta Layang-Layang Pasir Gudang 2013.Ini adlah merupakn
acara yang wajib dianjurkan..Pesta Layang-Layang ini menarik perhatian semua
pihak malah media asing juga turut trun padang..mlah dihadiri oleh para pelancong dari
seluruh pelusuk dunia......
ANTARA JENIS,SAIZ DAN BENTUK LAYANG-LAYANG
YANG DITERBANGKAN
Bkn semua tmpat ad layang2 cm nie tw...so lau korang berminat untk melihat ye..jgn lupe visit johor..jgn lupe tw..tiap2 thun acara cm nie diadakn n pastikan anda tidak ketinggalan lg..
-MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
SEJARAH MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
-Tanjung
Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 olehTemenggong
Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng
Ibrahim),
bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang
amat dikenang. Pada awalnya, ia merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar
menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya
sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada
peralihan pusat kerajaan dari Teluk Belanga di Singapura.
Sultan
Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua
tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura
dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada
tahun 1819. Sebahagian besar
daripada kemakmuran Johor pada masa kini boleh dikesan secara langsung daripada
kejayaan Sultan Abu Bakar memujuk pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melabur dalam
bidang pertanian di jajahan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan
kecenderungan tinggi dalamperancangan kerajaannya.
Oleh sebab itu, pada hari ini kita dapat melihat perkaitan antara bandaraya
Johor bahru dengan Baginda Almarhum Sultan Abu Bakar, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.
Ini la gambar Menteri Besar Johor yg bertungkus lumus dlm membgnkn Johor...
DEMIKIAN
SAHAJA MENGENAI TEMPAT PELANCONGAN YANG SERING DILAWATI OLEH PELANCONG DARI
DALAM NEGARA MALAH PELANCONG NEGARA ASING TIDAK TERKECUALI...BERSAMA-SAMA KITA
MENARTABATKN PELANCONGAN D NEGARA KATA...AKHIR KATA..JOHOR MEMPUNYAI NILAI
SEJARAH YANG TERSENDIRI DAN MAMPU MENARIK RAMAI PELANCONG...
|
![]() |