I♥MY





I♥MY
WELCOME TO MELAKA (:
Saturday, 2 March 2013 @ 01:27 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum ;))

MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH

Asal usul nama Melaka di ambil sempena nama pokok tempat Parameswara berehat ketika beliau mengundurkan diri selepas kalah peperangan dengan kerajaan Majapahit.
Selain itu Melaka jugak telah diisytiharkan sebagai Bandar raya bersejarah pada tanggal 15 April 1989 disebabkan Melaka ni menyimpan banyak sejarah lama dan tempat-tempat tinggalan sejarah.
Kat sini macam-macam tempat menarik yang boleh korang lawati...sebagai contoh pulau Besar ,kolam Air Panas Gadek, taman tema air dan banyak lagi....Jom kita tengok tempat-tempat menarik kat Melaka ni.

Pulau Upeh pusat penetasan telur penyu Sisik/Karah


Taman tema Air


Kolam Air Panas Gadek

Haa untuk pengetahuan korang Kolam Air Panas ni terkenal sebagai tempat mandian kesihatan di kalangan para pelancong dari seluruh dunia yang mencari kaedah perubatan semulajadi untuk pelbagai penyakit kulit.


Tasik Ayer Keroh


Pulau Besar

Syurga dunia bagi para pelancong yang inginkan percutian di tepi pantai, berpasir putih lembut serta kebiruan air laut yang jernih sambil berjemur di bawah sinaran matahari atau berehat di chalet yang terletak di atas air.

Kalau tadi saya tunjuk tempat-tempat yang sesuai untuk release tension,haa sekarang kita tinjau tempat bersejarah plak kat Melaka nie.

Kalau korang nak tahu kat Melaka ni memeang banyak tempat bersejarah contohnya kota A famosa, perigi Hang Tuah, Makam Hang jebat, kota Belanda dan sebagainya.

Kota A Famosa                                                 


Perigi Hang Tuah


Saya ada satu info tambahan tentang perigi Hang Tuah ni, saya ada dengar orang cakap bahawa perigi ni tempat roh Hang Tuah menjelma sebagai buaya putih. Menurut kata mereka, hanya orang yang berhati suci dan warak saja boleh melihat beliau.


Makam Hang Jebat


Kota Belanda



Bukit China

Setiap tempat bersejarah di Melaka mempunyai sejarahnyayang tersendiri. Jadi bagi peminat sejarah memang rugi kalau korang tak datang sendiri tengok tempat-tempat ni. Saya sarankan sesiapa yang minat sejarah ni bolehlah kunjungi Melaka sebab tak rugi kalau korang pergi Melaka.


   Untuk pengetahuan korang lagi antara yang menarik kat Melaka ialah terdapat kaum baba dan nyonya. Kaum baba dan nyonya ni terbentuk apabila masyarakat cina menjalani gaya hidup seperti orang melayu.

                                                          Perkahwinan Baba dan Nyoya

Jadi kalaulah korang nak pergi bercuti, saya syorkan korang bercuti dekat Melaka sebab selain korang boleh berseronok, korang jugak boleh timba ilmu sejarah...
Selain korang boleh jalan- jalan,korang boleh tambah ilmu pasal sejarah....Bak kata pepatah ‘Sambil-sambil menyelam minum air’.

‘SELAMAT DATANG KE MELAKA’




Older Post | Newer Post

Assalamualaikum :D . Thanks coming into OUR blog. Leave your footstep at OUR tagboard. NONI.AISHA.BAY.AEN.EYZA. SYITAH.QUE.WANI.ILA :)





Gratisan Musik



DiaryAboutStuffSite